Friday, 17 April 2015


Bahaya haid tidak teratur, kaitannya dengan PCOS dan ketidaksuburan:

Ramai customer yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur dan bertanyakan mengenai PCOS. Jangan ambil ringan mengenai masalah ini.


Ramai wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut perunding Obstetrik dan sakit puan Pusat Perubatan Pantai Cheras , Dr. Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormone dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS.

Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.

Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS.selain kitaran haid tidak tearatur, gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu system badan yang lain seperti metabolisme dan system kardiovaskular.

Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.
Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.
Begitupun ada juga wanita mempunyai penampilan ovary normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan  hormone lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini menyebabkan pertambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan  kira2 20%daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40% wanita yang mempunyai masalh kesuburan adalah  disebabkan PCOS.

Ia mungkin juga disebabkan kekurangan hormone kerana mereka yang menghidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormone secukupnya untuk ovulasi berlaku.untuk berlaku ovulasi hormone FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang menghidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel di dalam ovary tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi. Disinilah peranan ekstrak kacip Fatimah dalam membantu wanita menstabilkan hormone mereka.

Dr zubaidi Hj Ahmad percaya Ekstrak kacip Fatimah (EKF) adalah supplemen yang sesuai diberikan kepada wanita yang mengalami PCOS.

EKF mengandungi phytoestrogens iaitu komposisi biokimia semulajadi dalam tumbuhan yang mengandungi kesan seperti hormone estrogen dan progesterone yang lemah.

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan supplemen yang kaya dengan phytoestrogen mempunyai kesan positif dalam metabolisme dan lipid(lemak) seterusnya memberi kesan yang baik bagi mengurangkan masalah kesihatan dalam system kardiovaskular, yang disebabkan oleh kegemukan , diabetis dan hyperlipidemia.

Secara kesimpulan, suplemen yang kaya dengan phytoestrogen memberikan kebaikan kepada pesakit PCOS dan meningkatkan kesuburan dan mengurangkan kompilasi diabetis dan sakit jantung. Hubungi seri :01132507067 wassup/call

No comments: